Syarikat kami AI PESONA ENTERPRISE telah ditubuhkan pada 08 Julai 2008. Sebelum ini, syarikat kami didaftarkan atas nama AINON CAKE HOUSE lebih dari sepuluh tahun, sebelum ditukarkan kepada AI PESONA ENTERPRISE iaitu sebuah syarikat perkongsian, dengan modal awalan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 20,000.00 dengan pembelian peralatan dan bahan mentah. Pada awal perniagaan, kami telah menceburi dalam bidang perusahaan makanan terutama sekali kek dan biskut. Hasil daripada bantuan pihak KADA dan kerjasama daripada JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA, SIRIM BERHAD, GIAT MARA dan juga JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN, kami telah berjaya dalam mengeluarkan pelbagai jenis kek, roti dan biskut. Pada permulaannya kami memasarkan produk kami di kawasan Kota Bharu dan tersebar ke daerah Bachok dan Tumpat.
Pada awal tahun 2009 kami telah mengeluarkan produk sejuk beku bagi menambahkan produk makanan yang sememangnya mendapat permintaan yang tinggi. Antara produk sejuk beku yang kami keluarkan seperti donat segera, roti goreng segera, murtabak daging, pau kari, pau kaya, pau kacang, pau kelapa, kuih blossom yang mempunyai pelbagai inti, sardin roll, karipap, roti sosej dan roti canai.
Selain itu, kami juga menerima tempahan Katering ataupun hidangan penggantin dan lauk pauk seperti ikan siakap tiga rasa, roti jala, kuzi ayam, ayam masak gajus dan nasi ayam. Malah kami juga menyediakan perkhidmatan mengajar dan mengadakan kelas masakan secara individu dan berkumpulan. Kelas masakan ini mengikut pakej yang disediakan ataupun mengikut kehendak pelanggan.
Di samping itu juga pihak kami telah mempromosi produk kami ke seluruh daerah di Negeri Kelantan, dengan mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Dimana pihak kami telah mengadakan promosi di pasaraya. Kami juga telah mengambil bahagian dalam Islam Hadhari di Kota Bharu Kelantan.
Oleh itu pihak kami berharap dapat memajukan produk syarikat kami ini ke luar negera. Ini kerana ia bersesuaian dengan produk makanan kami yang berasaskan pertanian. Dengan adanya mesin yang lebih efektif, penggunaan modal, tenaga buruh dan pembungkusan yang lebih baik dapat memasarkan barangan kami ke luar negeri dan ke arah global.
No comments:
Post a Comment